Entri ni khas untuk sahabat baik aku yang bakal bergelar isteri pada penghujung Januari 2013. Sudah menjadi budaya semua bakal pengantin, aspek kurus dan langsing telah menjadi salah satu agenda penting dalam check list persediaan kahwin. Malah, kadang² mengatasi agenda persediaan jamuan untuk tetamu !
Masalah berat badan menjadi igauan sebelum menjelang hari bahagia sehingga mendorong bakal pengantin sanggup berbuat apa sahaja asalkan KURUS di hari bahagia. Pelbagai masalah akan timbul jika tidak KURUS antaranya, sukar cari baju pengantin yang sesuai, tidak yakin dengan penampilan, beranggapan tidak jelita jika tidak KURUS, malu berhadapan dengan kawan² lama yang bakal hadir, dan macam² igauan lain.
Aku bersyukur kerana tidak tertekan dengan bentuk badan walaupun badan aku tidak lah selangsing model. Aku juga bermasalah dengan berat badan sekiranya tidak dikawal kerana ketinggian aku sangat lah 'tidak cukup inchi'...hahaaa... Tetapi aku berjaya mengatasi masalah dengan 'mempositifkan' diri aku. Alhamdulillah...
Aku tahu sahabat aku tadi agak tertekan kerana bermasalah dengan berat badan. Sebagai sahabat, aku berusaha untuk cuba menjadikan masalah berat badan bukan lah satu igauan ngeri kepada beliau. Aku agak sedih apabila melihat dia membeli beberapa jenis bantuan untuk kurus yang perlu dimakan dengan kos yang bukan sedikit, sedangkan tempoh yang ada hanya beberapa minggu lagi... Pada aku, kos tersebut boleh disalurkan ke arah persediaan lain yang lebih memerlukan.
Nasihat aku untuk semua bakal pengantin yang bermasalah berat badan di luar sana, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah kaji bentuk badan terlebih dahulu... Sebelum tergesa² membeli pil kurus atau apa jua bentuk bantuan yang mendorong penurunan drastik. Sebenarnya, walaupun anda gempal, itu tidak memberi kesan jika anda bijak memilih baju pengantin. Malah anda akan kelihatan menawan setanding dengan pengantin berbadan kurus. Lebih² lagi jika mereka yang gempal tetapi masih ada 'cutting' seperti sahabat aku tadi.
Aku dan sahabat pergi ke butik pengantin untuk memilih baju yang sesuai, size baju sesuai memang lah ada, tapi taburan manik yang padat menjadikan bentuk badan yang gempal menjadi semakin gempal... Kebanyakan butik pengantin tidak mempunyai banyak pilihan untuk pengantin berbadan gempal. Mungkin itu juga salah satu faktor yang membuat kan bakal pengantin sanggup berbuat apa sahaja untuk kelihatan kurus.
Pilihan terbaik untuk bakal pengantin yang gempal adalah tempah sendiri baju pengantin mengikut kemampuan. Tidak semestinya fabrik mahal sehingga ribuan ringgit untuk menjadikan pengantin berbadan gempal kelihatan cantik. Asalkan kena dengan warna dan potongan baju mampu menjadikan pengantin menawan dan berseri. Kat Jakel jual pelbagai jenis fabrik untuk pengantin dan warna yang menawan dengan harga yang berpatutan...(aku sebut JAKEL satu je sebab aku suka beli kain kat sini, murah dan staf kat situ sangat lah mesra alam...ekekekkk...)
Taburan manik atau sulaman untuk baju pengantin yang berbadan gempal juga tidak boleh sarat. Pilih yang minima asalkan menyerlah sesuai dengan hari perkahwinan. Jika taburan manik pada fabrik yang dibeli dengan harga yang rendah dan manik atau sulaman tidak menyerlah diri pengantin, boleh guna kekreatifan sendiri dengan menambah manik di beberapa bahagian. Kerja menambah manik sangat senang dan boleh dilakukan oleh semua... Hanya perlu sedikit daya kreatif...
Inilah yang telah aku lakukan pada sahabat aku tadi. Hasilnya, sahabat aku tidak lagi meletakkan sasaran untuk kurus segera sebelum hari bahagia... Kerana dia tahu dia bakal kelihatan menawan dengan baju nikah dan sanding yang ditempah mengikut bentuk badan sendiri dengan pilihan warna lembut dan taburan manik yang sesuai dengan bentuk badan tanpa 'stress' untuk menurunkan berat badan secara drastik.
Namun, apa yang aku bagitau kat atas tadi bukan beerti aku tidak menyokong untuk pengantin kelihatan kurus, tapi sebagai alternatif untuk mereka yang sukar menurunkan berat badan dalam tempoh yang pendek dan mengambil jalan pintas dengan pengambilan ubat ubatan merbahaya. Daripada membahayakan diri sendiri lebih baik kita berfikira positif dan menerima keadaan diri seadanya. Malah, kita juga mampu kelihatan cantik dan gembira tanpa terseksa melakukan langkah2 menurunkan berat badan drastik...
Tata..
No comments:
Post a Comment