Wednesday, 26 December 2012

JAMU SERI BONDA




RAMAI YANG DAH TANYA PASAL NI..ini jawapannya...

Mereka yang boleh mengamalkan JAMU SERI BONDA adalah:

1) Wanita berkahwin (berumur sehingga 60 tahun) - untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran
2) Wanita menyusukan anak - Insya Allah...susu ibu semakin banyak
3) Wanita yang sedang berusaha untuk hamil.... Insya Allah
4) Ibu yang dalam tempoh berpantang : sama ada bersalin secara normal atau secara pembedahan

ANDA REMAJA / ANAK DARA YANG MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT?

Masalah keputihan * sentiasa senggugut * kitaran haid tidak menentu * masalah pembuangan air besar (sembelit) * tubuh badan kurang bermaya * selalu mengantuk * masalah gatal2 dan vagina berbau.. ATAU anda ada masalah dalaman yg lain?

Jom pulihkan masalah dalaman anda dengan JAMU SERI BONDA. Hanya amalkan 1 kapsul je sehari.. Insya Allah... adik2 pasti akan puas hati. Bonus jika terus diamalkan jamu ini, wajah akan lebih sihat..lebih ceria dan berseri2.. Hanya RM39..adik2 boleh makan selama 2 bulan.. murah dan jimat kan?

Hanya dalam masa kurang dari 7 hari, anda akan dapat rasakan perubahan yang positif, baik dari segi dalaman dan luaran. Dalaman lebih mantap, luaran juga lebih tampak berseri dan wajah juga akan menjadi kemerah-merahan. Cubalah hari ini! ;)

Yang penting, jamu ini xde campuran bahan kimia langsung..100% herba.. ade kelulusan KKM ( MAL 10043746TC) dan jamu ni tak panas punn..Berminat???? emel ke farahzulkifli85@gmail.com

Tuesday, 11 December 2012

Jadual Gaji Penjawat Awam 2013

Nahh...aku tempek kat sini, untuk rujukan semua penjawat awam yerr...senang nak bajet perbelanjaan dah tau tarikh awal² kann..


Monday, 10 December 2012

Rahsia JAMU SERI BONDA



1. Hanya dalam masa kurang dari 7 hari, anda akan dapat rasakan perubahan yang positif, baik dari segi dalaman dan luaran. Dalaman lebih mantap, luaran juga lebih tampak berseri dan wajah juga akan menjadi kemerah-merahan. Cubalah hari ini ! ;)

2. Anda masih tercari2 suplemen yg mampu memberi kesan secara menyeluruh, baik utk dalaman dan luaran? Anda masih dalam dilema ekoran drpd prestasi anda terhadap pasangan kurang memuaskan? kulit kusam dan tak bermaya? Wajah dah tak berseri mcm dulu? Dah tak ketat dan breast juga dah tak anjal mcm dulu? JAMU SERI BONDA jawapannya !

3. Mengandungi lebih 20 khasiat hebat dan anda cuma perlu amalkan sebanyak 2 biji sehari. Lebih menguntungkan, sebotol Jamu Seri Bonda dapat bertahan sehingga lima minggu!

4. Harga : RM39 (60 capsule)

5. Berkelulusan KKM ( MAL 10043746TC)

7. Ade banyak lagi... Akan datang aku kongsi lagi ye... Berminat untuk memiliki jamu yang hebat ini sila emel sebarang pertanyaan, kemusykilan atau keinginan untuk memiliki jamu ini ke farahzulkifli85@gmail.com

Tata...

Ingin Kurus Menjelang Hari Bahagia

Entri ni khas untuk sahabat baik aku yang bakal bergelar isteri pada penghujung Januari 2013. Sudah menjadi budaya semua bakal pengantin, aspek kurus dan langsing telah menjadi salah satu agenda penting dalam check list persediaan kahwin. Malah, kadang² mengatasi agenda persediaan jamuan untuk tetamu !

Masalah berat badan menjadi igauan sebelum menjelang hari bahagia sehingga mendorong bakal pengantin sanggup berbuat apa sahaja asalkan KURUS di hari bahagia. Pelbagai masalah akan timbul jika tidak KURUS antaranya, sukar cari baju pengantin yang sesuai, tidak yakin dengan penampilan, beranggapan tidak jelita jika tidak KURUS, malu berhadapan dengan kawan² lama yang bakal hadir, dan macam² igauan lain.

Aku bersyukur kerana tidak tertekan dengan bentuk badan walaupun badan aku tidak lah selangsing model. Aku juga bermasalah dengan berat badan sekiranya tidak dikawal kerana ketinggian aku sangat lah 'tidak cukup inchi'...hahaaa... Tetapi aku berjaya mengatasi masalah dengan 'mempositifkan' diri aku. Alhamdulillah...

Aku tahu sahabat aku tadi agak tertekan kerana bermasalah dengan berat badan. Sebagai sahabat, aku berusaha untuk cuba menjadikan masalah berat badan bukan lah satu igauan ngeri kepada beliau. Aku agak sedih apabila melihat dia membeli beberapa jenis bantuan untuk kurus yang perlu dimakan dengan kos yang bukan sedikit, sedangkan tempoh yang ada hanya beberapa minggu lagi... Pada aku, kos tersebut boleh disalurkan ke arah persediaan lain yang lebih memerlukan.

Nasihat aku untuk semua bakal pengantin yang bermasalah berat badan di luar sana, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah kaji bentuk badan terlebih dahulu... Sebelum tergesa² membeli pil kurus atau apa jua bentuk bantuan yang mendorong penurunan drastik. Sebenarnya, walaupun anda gempal, itu tidak memberi kesan jika anda bijak memilih baju pengantin. Malah anda akan kelihatan menawan setanding dengan pengantin berbadan kurus. Lebih² lagi jika mereka yang gempal tetapi masih ada 'cutting' seperti sahabat aku tadi.

Aku dan sahabat pergi ke butik pengantin untuk memilih baju yang sesuai, size baju sesuai memang lah ada, tapi taburan manik yang padat menjadikan bentuk badan yang gempal menjadi semakin gempal... Kebanyakan butik pengantin tidak mempunyai banyak pilihan untuk pengantin berbadan gempal. Mungkin itu juga salah satu faktor yang membuat kan bakal pengantin sanggup berbuat apa sahaja untuk kelihatan kurus.

Pilihan terbaik untuk bakal pengantin yang gempal adalah tempah sendiri baju pengantin mengikut kemampuan. Tidak semestinya fabrik mahal sehingga ribuan ringgit untuk menjadikan pengantin berbadan gempal kelihatan cantik. Asalkan kena dengan warna dan potongan baju mampu menjadikan pengantin menawan dan berseri. Kat Jakel jual pelbagai jenis fabrik untuk pengantin dan warna yang menawan dengan harga yang berpatutan...(aku sebut JAKEL satu je sebab aku suka beli kain kat sini, murah dan staf kat situ sangat lah mesra alam...ekekekkk...)

Taburan manik atau sulaman untuk baju pengantin yang berbadan gempal juga tidak boleh sarat. Pilih yang minima asalkan menyerlah sesuai dengan hari perkahwinan. Jika taburan manik pada fabrik yang dibeli dengan harga yang rendah dan manik atau sulaman tidak menyerlah diri pengantin, boleh guna kekreatifan sendiri dengan menambah manik di beberapa bahagian. Kerja menambah manik sangat senang dan boleh dilakukan oleh semua... Hanya perlu sedikit daya kreatif...

Inilah yang telah aku lakukan pada sahabat aku tadi. Hasilnya, sahabat aku tidak lagi meletakkan sasaran untuk kurus segera sebelum hari bahagia... Kerana dia tahu dia bakal kelihatan menawan dengan baju nikah dan sanding yang ditempah mengikut bentuk badan sendiri dengan pilihan warna lembut dan taburan manik yang sesuai dengan bentuk badan tanpa 'stress' untuk menurunkan berat badan secara drastik.

Namun, apa yang aku bagitau kat atas tadi bukan beerti aku tidak menyokong untuk pengantin kelihatan kurus, tapi sebagai alternatif untuk mereka yang sukar menurunkan berat badan dalam tempoh yang pendek dan mengambil jalan pintas dengan pengambilan ubat ubatan merbahaya. Daripada membahayakan diri sendiri lebih baik kita berfikira positif dan menerima keadaan diri seadanya. Malah, kita juga mampu kelihatan cantik dan gembira tanpa terseksa melakukan langkah2 menurunkan berat badan drastik...

Tata..

Sunday, 9 December 2012

Drama Korea..A Thousand Days Promise.

Aku memang kaki drama korea, kalau dah start tgk, alamatnya memang tak senang duduk la aku selagi tidak dihabiskan segera. Masalahnya, drama korea episodnya panjang, suka tergantung dan suspen di penghujung setiap episod... Sebab tu, kalau nak tengok kena pastikan pada hari cuti ye...

Ni cerita dua minggu lepas, aku ada layan drama korea, A Thousand Days Promise. Aku tertengok drama ni kat TV2, tp dah episod tu episod yg ke berapa ntah, kiranya dah pertengahan la.. Tapi aku tak sempat nak tengok habis sebab sibuk uruskan anak buah aku nak makan waktu tu..tapi, aku memang terbayang2 drama tu dalam kepala otak aku walaupun aku tengok sikit je. Bagi menghilangkan gundah gulana, malam tu, terus ku google untuk mencari link drama tersebut untuk tengok online..



Bila dah jumpa apa yang dihajati, terus aku khatam tengok dalam masa 2 hari, tapi aku tak boleh nak copy link tu kat sini, sebab banyak sangat link aku guna. Ye la, tak semua link boleh tengok kesemua episod, mungkin sebab drama ni dah lama. Bila ada salah satu tak boleh streaming, terus gigih cari website lain..tengok smpai dah sangkut kat mana2 aku teruskan lagi misi cari website lain lagi, sampai la keseluruhan episod aku tengok...huh, punya gigih sampai aku lupa website mana aku dah terjah.

Ok, berbalik pasal drama ni,aku memang tersentuh giler..lebih hebat dari drama You're Beautiful atau Boys Over Flower. Aku bagi sinopsis sikit ye.. Drama ni jalan ceritanya lain sikit dari kebiasaan..mengisahkan pasal percintaan terhalang antara hero dan heroin. Tambah² lagi bile si heroin tu disahkan pengidap alzheimer pullekkk... Banyak suka duka ditempuhi sepanjang percintaan mereka di antaranya, si hero kena kahwin dengan gadis pilihan keluarga. Tetapi hero telah ubah fikiran apabila mengetahui yg heroin ni jatuh sakit. Mereka berjaya kahwin walaupun pelbagai halangan dihadapi kerana pada mulanya si heroin tidak ingin kahwin dengan hero kerana merasakan dirinya hanyalah dikasihani..wahh..begitu sadis ayat ku itteww..hahaa..



Emosi gembira pada awal perkahwinan hanyalah sementara, apabila heroin disahkan mengandung dan perlu berhenti makan ubat yang sepatutnya akan memperlahankan proses alzheimer. Keadaan kesihatan bertambah buruk, di samping emosi hero yang tertekan, namun mencuba sedaya upaya untuk menjaga dan menggembirakan hati heroin. Semua ni berlanjutan sehinggalan heroin melahirkan bayinya. Heroin juga enggan menyentuh atau memegang bayinya sbb trauma akan menjatuh atau mencederakan bayi. Tahap emosi dalam tempoh ini adalah sgt terukk..ekspresi muka hero dan heroin juga yang sangat sayu dan menjadi berjaya membuat aku menangis sampai bengkak mata, siap tersedu2...huhhh...kalau suami ganteng ku tengok keadaan aku waktu tu, kene kutuk punya nih...(pstt..aktiviti tengok drama korea hanyalah sewaktu ketiadaan suami, sbb kalau beliau ada takut terjejas layananku kepada beliau..kekekeee...)




Ending nya, agak menyedihkan tapi aku agak kurenggg gembira sikit sebab pada aku, ending drama ni nampak macam agak tergesa² untuk dihabiskan. Banyak yang tinggal tanda tanya... Namun, jalan cerita dari awal hingga akhir sangat superb, cuma jka ending yang lebih terjawab dan tidak nampak sgt dihabiskan tergesa² maka akan lebih mantop la drama ini..hahaa..sekian dr aku yang tidak bertauliah ini.

Semua gambar di atas aku cedok dari En Google..

Tataa..

Jom Berkenalan dengan Jamu Seri Bonda..



Jamu Seri Bonda Jsb tau nama singkatannya JSB ini bukan jamu semata-mata. ia lebih kepada supplement atau makanan tambahan yang mana amat diperlukan oleh tubuh kita. Selain terbukti berkesan dlm memberi kesan yg superb kpd sistem dalaman wanita, ianya juga mampu memberi impak yg besar bg luaran tubuh kita...apa yg best, JSB mampu mencerahkan kulit, menghilangkan rekahan pd tumit kaki, menghilangkn jerawat di badan, menganjalkan payudara, memperbanyakkan kandungan susu ibu dan byk lagi..menarik bukan? Anda hanya perlukan SATU JENIS SUPPLEMENT shj SETIAP BULAN!makan JSB pun anda dh dpt begitu byk manfaatnya. Jangan berlengah lg tau. Segera dptkan botol pertama anda hari ini ;)

Paling penting, JSB mendapat kelulusan KKM..so boleh lah kite sume enjoy ngan manfaat Jamu Seri Bonda tanpa sebarang keraguan yerr..



Sebarang pertanyaan, keraguan, atau keinginan untuk mendapatkan jamu ini boleh emel pada saya kat farahzulkifli85@gmail.com..

Tataa..

Saturday, 8 December 2012

Testimoni Jamu Seri Bonda

Hari ni aku kongsi lagi testimoni dari pengguna JSB...ni semua testimoni dari pengguna yang merupakan customer adik aku.

Wednesday, 5 December 2012

Inspirasi berblog...

Hari ini penat menggodek blog. Maklum ler..baru nk berjinak² ngan blog. Inspirasi dalam berblog ni tak lain tak bukan, blog Ana la..tiap kali baca blog die, rs mcm best sgt, seolah² aku turut sama berada di sebelah die setiap kejadiann..haha. Dah ler Ana suka betul kekadang tu buat cemas atau suspen, smpai aku pon naik panik skali..kakakaa..

Selain tu, Neena jua aku suka baca. Aku sgt sukakan emosi Neena stiap kali die cerita. Aku pernah ketawa dan menangis dlm setiap entry Neena...emosi die sgt sampai kpd aku..echewahhh..hahahaa..

Tak ketinggalan juga, blog Kak Nani. Dalam blog Kak Nani, aku sentiasa ambil aura positif Kak Nani. Banyak membantu aku dlm menangani stress..Kak Nani sgt positif dalam kehidupan..kalau tak caya, cuba la selami semua blog di ats (kpd yg belum arr...tp aku rasa semua orang dh kena, ye la..tu semua blogger terkenal, aku je baru nk berjinak²..hehe).

Kalau aku ade tersilap atau apa, tolong la betulkan yek...aku tak pandai pon, saje cuba²..sambil boleh buat side income dengan nuffnang, dan juga barangan jualan aku walaupun tak semua aku letak sini..

tataa..

Jamu Seri Bonda

Permulaan diperkenalkan oleh adik aku berkenaan jamu ini sangat la tidak diendahkan olehku. Pandang pun sebelah mata. Ye la, sebut jamu, tentu la pasal ketat² je kannn..pastu pasal kuat² jeee..mmg langsung tak yakin la dengan khasiat lain..si adik yang gigih ni berusaha juga meyakinkan (mmg die gigih, dah ada stokis pon..haha), akhirnya aku cuba...

Sekarang ni dh melekat dengan jamu ni sebabbbbb...semua masalah biasa wanita dh hilang. contoh masalah aku alami sendiri, keputihan? dh hilanggg.. period tak teratur? dh teraturr.. senggugut? huh, apa tu?? kakakaka...eksen yee..senggugut yg setia menemaniku selama ni pon dh hilangggg..leganyaa.. Selain tu, badan pon mmg rasa ringan je..bangun pagi takde nk menggeliat sana sini dulu la..bangkit dengan jayanya..

Setelah enam bulan telan jamu ni, secara automatik nya, jadi penasihat kat ofis plak..haha. Ada je member merungut sakit senggugut, terusss aku perkenalkan Jamu Seri Bonda..alhamdulillah..kawan² yang ambil jamu ni semua berpuas hati..sekarang semakin bertambah. Tak perlu nk cerita banyak, aku ni dulu mmg terkenal suka senggugut, skrg tiada rungutan lagi..kakakaa..mesti la diorang yakin kan...tambahan lagi kulit ku main berseri..ok..malas nak cerita banyak, nanti aku kongsi testimoni pengguna yang merupakan pelanggan stokis adik aku. takde reka² punya testimoni ye..ni real punya testimoni tau.


"Akak...sy suka mkn jsb ni, igtkan ank dara mcm sy xleh mkn. keputihan & senggugut teruk mmg dh x kacau hidup sy lg. yg paling best, jerawat dgn parut2 nya skali dh hilang..kulit cantik, lembap ajer...best mmg sgt2 best. sy nk 5 lg kak, roomate kt kolej nk mkn jgk..."


"Salam akk na kc testimoni jsb ni...kawan yg beli dari saya bgtau after makan jsb ni badan rasa ringan je, kalau anak terjaga nak susu senang je bangun klu dulu na bkk mata pon payah..."

"Sy bru mkan JSB 7hari..pastu sy dtg bulan sminggu,slpas hbis dtg bulan sy pun "bersame" ngan suami algkah tkejut bla suami kate"mcm ada dare lagi jer"huhuhu apelgi kmbag rase lubang hidung ni...mcm x cye jer..tp sy mmg mrse khebatan JSB ni..wlaupun dah ank 2..terima ksih mpknalkn JSB ni..btambah2 syg suami kt sy..smkin bhagia..suami snyum2 jer..hppy rase aty..comform lepas ni akn mkan JSB bterusan...TERIMA KSIH YA ALLAH & JSB... ."  hehe..testimoni pasal ni mesti la ada kan..nama pun jamuuu...

Banyak lagi testimoni lain tapi akan datang ni aku kongsi lagi ye..kalau ada yang berminat dengan jamu ni di luar sana tu, boleh je beli ngan aku atau pengedar lain, kalau nk beli ngan aku boleh gak, harga tak mahal pon..RM39 sebotol untuk 60 kapsul. emel je kat farahzulkifli85@gmail.com. Kat bawah ni aku letak rupa jamu tersebut..