Sunday, 9 December 2012

Drama Korea..A Thousand Days Promise.

Aku memang kaki drama korea, kalau dah start tgk, alamatnya memang tak senang duduk la aku selagi tidak dihabiskan segera. Masalahnya, drama korea episodnya panjang, suka tergantung dan suspen di penghujung setiap episod... Sebab tu, kalau nak tengok kena pastikan pada hari cuti ye...

Ni cerita dua minggu lepas, aku ada layan drama korea, A Thousand Days Promise. Aku tertengok drama ni kat TV2, tp dah episod tu episod yg ke berapa ntah, kiranya dah pertengahan la.. Tapi aku tak sempat nak tengok habis sebab sibuk uruskan anak buah aku nak makan waktu tu..tapi, aku memang terbayang2 drama tu dalam kepala otak aku walaupun aku tengok sikit je. Bagi menghilangkan gundah gulana, malam tu, terus ku google untuk mencari link drama tersebut untuk tengok online..



Bila dah jumpa apa yang dihajati, terus aku khatam tengok dalam masa 2 hari, tapi aku tak boleh nak copy link tu kat sini, sebab banyak sangat link aku guna. Ye la, tak semua link boleh tengok kesemua episod, mungkin sebab drama ni dah lama. Bila ada salah satu tak boleh streaming, terus gigih cari website lain..tengok smpai dah sangkut kat mana2 aku teruskan lagi misi cari website lain lagi, sampai la keseluruhan episod aku tengok...huh, punya gigih sampai aku lupa website mana aku dah terjah.

Ok, berbalik pasal drama ni,aku memang tersentuh giler..lebih hebat dari drama You're Beautiful atau Boys Over Flower. Aku bagi sinopsis sikit ye.. Drama ni jalan ceritanya lain sikit dari kebiasaan..mengisahkan pasal percintaan terhalang antara hero dan heroin. Tambah² lagi bile si heroin tu disahkan pengidap alzheimer pullekkk... Banyak suka duka ditempuhi sepanjang percintaan mereka di antaranya, si hero kena kahwin dengan gadis pilihan keluarga. Tetapi hero telah ubah fikiran apabila mengetahui yg heroin ni jatuh sakit. Mereka berjaya kahwin walaupun pelbagai halangan dihadapi kerana pada mulanya si heroin tidak ingin kahwin dengan hero kerana merasakan dirinya hanyalah dikasihani..wahh..begitu sadis ayat ku itteww..hahaa..



Emosi gembira pada awal perkahwinan hanyalah sementara, apabila heroin disahkan mengandung dan perlu berhenti makan ubat yang sepatutnya akan memperlahankan proses alzheimer. Keadaan kesihatan bertambah buruk, di samping emosi hero yang tertekan, namun mencuba sedaya upaya untuk menjaga dan menggembirakan hati heroin. Semua ni berlanjutan sehinggalan heroin melahirkan bayinya. Heroin juga enggan menyentuh atau memegang bayinya sbb trauma akan menjatuh atau mencederakan bayi. Tahap emosi dalam tempoh ini adalah sgt terukk..ekspresi muka hero dan heroin juga yang sangat sayu dan menjadi berjaya membuat aku menangis sampai bengkak mata, siap tersedu2...huhhh...kalau suami ganteng ku tengok keadaan aku waktu tu, kene kutuk punya nih...(pstt..aktiviti tengok drama korea hanyalah sewaktu ketiadaan suami, sbb kalau beliau ada takut terjejas layananku kepada beliau..kekekeee...)




Ending nya, agak menyedihkan tapi aku agak kurenggg gembira sikit sebab pada aku, ending drama ni nampak macam agak tergesa² untuk dihabiskan. Banyak yang tinggal tanda tanya... Namun, jalan cerita dari awal hingga akhir sangat superb, cuma jka ending yang lebih terjawab dan tidak nampak sgt dihabiskan tergesa² maka akan lebih mantop la drama ini..hahaa..sekian dr aku yang tidak bertauliah ini.

Semua gambar di atas aku cedok dari En Google..

Tataa..

No comments:

Post a Comment